1,600 DOS VAKSIN CANSINO DITERBANGKAN KE PEDALAMAN HULU JELAI
1,600 DOS VAKSIN CANSINO DITERBANGKAN KE PEDALAMAN HULU JELAI
LIPIS: Seramai 4,215 orang penduduk Orang Asli telah menerima vaksin Cansino dos pertama melalui Program Outreach Vaksinasi (POV) Orang Asli yang mula dilaksanakan awal tahun ini dijangkakan mencapai imuniti kelompok menjelang akhir Oktober ini.
Timbalan Menteri Satu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) , Datuk Seri Abdul Abdul Rahman berkata, POV Orang Asli pada awal pelaksanaannya agak perlahan, tetapi sejak bulan Julai lalu bilangan Orang Asli divaksinasi semakin bertambah.
“Program suntikan vaksin dos Cansino yang bermula hari ini di Pos Lejang, Pos Titom dan Pos Sinderut kawasan Hulu Jelai dengan kerjasama petugas Pejabat Kesihatan Lipis dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menerusi program outreach di penempatan tersebut.
“Misi jangkauan luar ke perkampungan Orang Asli di pedalaman Pahang merupakan inisiatif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan kerjasama Jakoa,” katanya Program Outreach Vaksinasi Orang Asli dan menghantar 1,600 dos vaksin Cansino di pedalaman Hulu Jelai di Kuala Lipis hari ini
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, bekalan sebanyak 1,600 dos Cansino akan dibawa dengan helikopter bagi mempercepatkan pengangkutan dan kemudahan Orang Asli tiga buah penempatan pedalaman Hulu Jelai menerima suntikan pencegah pandemik Covid-19 mulai hari ini.
“Usaha ini bertepatan serta selari dengan hasrat KPLB supaya penduduk Orang Asli mencapai imuniti kelompok, iaitu sebanyak 100 peratus di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Ini adalah usaha keras yang dijalankan oleh petugas Jabatan Kesihatan dan fronliners di kawasan pedalaman setiap buah negeri dan masyarakat ini sudah mula menyedari keperluan vaksinasi, katanya.-SAHIH.