VAKSINASI WALK-IN DI DEWAN TUN TEJA, JERANTUT, ESUK
VAKSINASI WALK-IN DI DEWAN TUN TEJA, JERANTUT, ESUK
JERANTUT: Program vaksinasi secara walk-in untuk warga negara dan bukan warga negara akan diadakan selama dua hari di Dewan Tun Teja, Taman LKNP,di sini mulai 11 September dan 12 September.
Vaksinasi diberi di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dilancarkan sebagai Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi menyegerakan imunisasi rakyat Malaysia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, namun, penduduk Jerantut yang masih belum menerima suntikan vaksinasi akan diberi keutamaan, mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang hari tersebut.
“PIKAS yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertujuan untuk membantu mempercepatkan vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan mensasarkan kepada tenaga kerja dalam sektor-sektor pembuatan kritikal.
“Suntikan vaksin di bawah program ini bagi membantu penduduk di daerah Jerantut mendapat perlindungan vaksin bagi meningkatkan imuniti berkelompok dengan cepat, mereka yang hadir akan dikenakan bayaran sebanyak RM90 untuk dua dos,” katanya.-SAHIH.