Dua maut kereta terputus dua langgar pokok
Dua maut kereta terputus dua langgar pokok
MIRI, 6 September: Pemandu dan seorang penumpang maut apabila kereta yang dinaiki melanggar sebatang pokok di Jalan Kuala Baram By Pass berdekatan Shell Permyjaya malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.05 malam.
Katanya, akibat pelanggaran itu, kenderaan dinaiki mangsa terputus dua.
Pasukan bomba yang tiba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang masih terperangkap dalam kenderaan itu,lapor CATS
Mangsa seorang lelaki dan wanita bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.
Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.