41 kematian Covid-19 babitkan kanak-kanak, remaja
41 kematian Covid-19 babitkan kanak-kanak, remaja
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 41 kes kematian Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dan remaja hingga usia 17 tahun setakat 30 Ogos lalu.
Menurut data yang dikeluarkan KKM hari ini, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding kematian yang direkodkan kumpulan sama sepanjang tahun lalu dengan hanya enam kes.
Katanya, kategori umur 13 hingga 17 tahun merekodkan kematian tertinggi dengan 16 kes diikuti kumpulan umur 0 hingga 4 tahun (15 kes) tahun ini berbanding tahun lalu yang masing-masing merekodkan hanya dua dan tiga kes.
“Jumlah kematian dalam kategori umur 7 hingga 12 tahun merekodkan sembilan kematian berbanding hanya satu tahun lalu, lapor kosmo online.
“Pada masa sama, hanya satu kematian membabitkan kumpulan umur 5 hingga 6 tahun berbanding sifar kematian tahun lalu,” katanya di sini hari ini.