INILAH BARISAN KITA UNTUK BANGKIT BERSAMA
INILAH BARISAN KITA UNTUK BANGKIT BERSAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan nama-nama barisan kabinet baharunya hari ini.
Beliau berharap pada bulan Ogos, bulan kemerdekaan, bersama bangkit untuk kembalikan semula sinar kegemilangan Malaysia di mata dunia.
“Saya ucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik, jalankan tugas yang telah diberikan dengan amanah, demi rakyat dan negara.
“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan pandangan, sokongan, dan kerjasama dalam pembentukan barisan kabinet ini,” katanya dalam kenyatan rasmi hari ini.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda, yang akan diadakan pada Isnin, 30 Ogos 2021, jam 2:30 petang, di Istana Negara, Kuala Lumpur
“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada barisan Kabinet untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beramanah. Ayuh membulat tekad, bekerja bersama rakyat,” katanya.
Senarai barisan kabinet baharu.
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan – YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan – YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya – YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan – Menteri Pendidikan – YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) – YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee Shith
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) – YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) – YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – YB Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuki Shaary
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) – YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan – YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor Othman
Menteri Sumber Manusia – YB Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan – YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat – YB Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi -YB. Dato’ Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli – YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri YB Datuk Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri -YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan – YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan -YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar – YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah
Menteri Luar Negeri – YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid
Menteri Komunikasi Dan Multimedia – YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – YB Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan – YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu
Menteri Perpaduan Negara – YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan – YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker. SAHIH..