TUJUH PEMANCING CEMAS TERPERANGKAP BAWAH JAMBATAN
TUJUH PEMANCING CEMAS TERPERANGKAP BAWAH JAMBATAN
KULAI – Tujuh pemancing lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap bawah jambatan di Kampung Pasir Senai di sini setelah air sungai naik ketika sedang leka memancing dalam kejadian, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Syafiq Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.38 petang.
Susulan itu katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati tujuh pemancing berumur antara 18 hingga 28 tahun terperangkap di bawah jambatan ketika memancing.
“Difahamkan semasa memancing air mulai naik secara tiba-tiba. Bomba menggunakan teknik sistem tali dan alat penyelamat Personal Floating Device (PFD) dalam usaha menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, lapor KOSMO online
Katanya, semua pemancing tersebut berjaya diselamatkan dan tidak berlaku sebarang kecederaan dan operasi tamat pada pukul 6.32 petang.