KANAK-KANAK JATUH SUNGAI KETIKA MEMANCING DITEMUKAN MATI LEMAS
KANAK-KANAK JATUH SUNGAI KETIKA MEMANCING DITEMUKAN MATI LEMAS
Kuantan: Kanak-kanak lelaki yang terjatuh ketika memancing berhampiran jeti Kampung Belit Seberang Guai di Bera semalam, ditemukan lemas pada 9.20 pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerusi kenyataan hari ini memaklumkan mayat Abtaham Baraq Mohd Khairuddin, 11, ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tersangkut pada jaring di sungai berkenaan.
Gambar Ihsan Bomba
“Mangsa dijumpai pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh, dengan anggaran kedalaman 1.5 meter sebelum berjaya dibawa naik oleh Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA),” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi mencari dan menyelamat yang bermula 7.06 malam semalam dengan pembabitan 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Triang, Bera serta Bukit Angin, Temerloh ditamatkan.