POLIS BERJAYA KAWAL PERHIMPUNAN
POLIS BERJAYA KAWAL PERHIMPUNAN
KUALA LUMPUR: Polis berjaya mengawal situasi kumpulan individu yang berarak di sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Masjid India menghala ke Dataran Merdeka dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’, hari ini.
Perarakan yang dimulakan pada jam 11.00 pagi, tadi turut memantau kumpulan individu yang memakai baju hitam yang turut membawa bendera hitam, selain sepanduk menunjukkan protes terhadap kerajaan serta replika jenazah.
Pihak Polis turut melakukan pemantauan perarakan itu melalui udara menggunakan helikopter selain menutup beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi tadi.-SAHIH.