NYARIS MAUT KERETA MASUK SUNGAI
NYARIS MAUT KERETA MASUK SUNGAI
KOTA TINGGI – Perjalanan seorang wanita ke tempat kerjanya terbantut apabila kereta Proton Persona dipandu terbabas ke dalam sungai di Jalan Telujuk, Felda Air Tawar 3, dekat sini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.37 pagi dan seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang terbabas ke dalam sungai
.
“Ketika kejadian, pemandunya iaitu seorang wanita berumur 22 tahun dari arah Felda Air Tawar 3 dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasar Borong Song Seng, lapor KOSMO online
“Kereta mangsa terbabas sebelum terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ekoran kemalangan itu, mangsa mengalami luka ringan di tangan dan kaki. Wanita itu dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.