DUA PEKERJA CEDERA, SEORANG TERTIMBUS PERANCAH LRT 3 RUNTUH
DUA PEKERJA CEDERA, SEORANG TERTIMBUS PERANCAH LRT 3 RUNTUH
KLANG – Dua pekerja warga asing cedera manakala seorang lagi masih tertimbus dalam runtuhan perancah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 runtuh dalam kejadian di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, kesemua mangsa adalah warga Bangladesh.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Pelabuhan Klang dan Shah Alam dikejarkan di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.41 petang.
“Runtuhan melibatkan perencah besi struktur pembinaan laluan LRT 3 berhampiran sebuah hotel premier di Bukit Tinggi, lapor KOSMO online
“Setakat ini dua mangsa warga bangladesh berjaya dikeluarkan manakala seorang lagi mangsa tertimbus,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.