LELAKI 60 TAHUN ROGOL KAMBING SEHINGGA MATI
LELAKI 60 TAHUN ROGOL KAMBING SEHINGGA MATI
SERENDAH: Lelaki berusia 60 tahun disyaki merogol seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati di Kampung Sungai Buaya, Serendah, pada jam 1.33 petang, kelmarin.
Kejadian itu disedari oleh wanita berusia 45 tahun, pemilik kambing itu setelah mendengan bunyi mengembek yang luar biasa dari kandang kambingnya yang terletak di belakang rumahnya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita tempatan tersebut yang memaklumkan kejadian itu serta melihat suspek yang dikenali itu dalam keadaan separuh bogel sebelum melarikan diri.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari itu, wanita itu juga mendapati kambing betina peliharaannya sudah mati.
“Wanita itu membuat laporan polis pada jam 6.24 petang pada hari yang sama. Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor menahan suspek pada 10.50 pagi semalam.
“Suspek yang berusia 60 tahun itu ditahan di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya, Serendah, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah,” katanya.
Tambahnya sepasukan anggota daripada Unit Forensik Polis Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu turut ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Arsad berkata, suspek akan direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 289 kanun sama.
“Kambing yang mati itu dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis dan bedah siasat.
“Berikutan penahanan suspek, kita percaya berjaya menyelesaikan kes ini, sekali gus mengurangkan kegusaran masyarakat setempat,” katanya.
Sebagai rekod jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 20 tahun, denda atau sebat, bagi kesalahan melakukan kecuaian berkenaan dengan haiwan boleh dipenjara hingga tempoh enam bulan, denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.-SAHIH.