RIBUT PASIR SETINGGI 100M LANDA BANDAR DUNHUANG
RIBUT PASIR SETINGGI 100M LANDA BANDAR DUNHUANG
BEIJING: Ribut pasir dengan ketinggian 100 meter (m) seolah-olah ‘menelan’ sebuah bandar di Gurun Gobi, barat laut China.
Insiden itu hampir menyamai adegan dipaparkan dalam sebuah filem berlatarbelakangkan bencana alam.
Lokasi tarikan pelancong dengan pelbagai kisah sejarah, Dunhuang hilang seketika berikutan debu yang menutup kawasan itu ketika ribut melanda pada Ahad lalu.
Seorang penduduk, Zhang, memberitahu media tempatan, Jimu News bahawa rebut pasir itu muncul secara tiba-tiba dan menutupi bandar itu dalam tempoh lima atau enam minit.
“Saya tidak dapat melihat matahari. Pada mulanya, saya diselimuti debu kuning ribut pasir, lalu berubah menjadi merah dan akhirnya hitam,” katanya yang turut memberitahu bandar di wilayah Gansu itu tidak pernah mengalami ribut pasir sejak beberapa tahun lalu., lapor AFP
Ribut pasir sering terjadi di rantau ini, setiap kali musim bunga tetapi jarang berlaku pada musim panas, menurut agensi berita China News Service.
Untuk rekod, Dunhuang antara destinasi pelancongan yang dikenali di China, antara tarikan utama adalah Gua Mogao, iaitu gua dengan ukiran Buddha kuno yang menakjubkan.