ZII JIA TIDAK PANDANG RENDAH LAWANNYA DI OLIMPIK TOKYO
ZII JIA TIDAK PANDANG RENDAH LAWANNYA DI OLIMPIK TOKYO
Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, tidak akan memandang rendah terhadap mana-mana lawan yang akan beliau hadapi di Olimpik Tokyo.
Zii Jia pemain pilihan kesembilan Olimpik berpandangan bahawa, setiap pemain mempunyai peluang dan keupayaan untuk memenangi pingat emas dalam acara badminton, bagi acara yang bermula di Musashino Forest Sport Plaza hari ini.
“Setiap pemain mempunyai peluang yang sama untuk menang di Olimpik Tokyo,” katanya dalam satu video dimuat naik di Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.
Sementara itu juara All England 2021 itu berkata, beliau hanya mahu menikmati penyertaan kali pertamanya di Olimpik, di Tokyo, walaupun akan bermain tanpa kehadiran penonton.
https://b9b4122771e89c290681fc34b3d75850.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html Menggambarkan suasana tanpa penonton sebagai sukar, pemain berusia 23 tahun itu berkata, setiap pemain perlu melalui laluan yang sama dan perlu mengadaptasi kepada norma baru ini.
Tumpuan tentunya akan diberikan terhadap Zii Jia, apabila pemain berasal dari Kedah itu disebut-sebut sebagai calon untuk memenangi pingat di Tokyo selepas kejayaannya di All England 2021 mengalahkan pemain nombor dua dunia Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9 pada perlawanan akhir di Birmingham, Mac lepas.
Pemain nombor lapan dunia itu perseorang lelaki itu, akan memulakan cabarannya di Olimpik Tokyo esok (Ahad) dengan bertemu Artem Pochtarov dari Ukraine pada perlawanan Kumpulan M.– Bernama