500,000 MOHON TUNAIKAN HAJI
500,000 MOHON TUNAIKAN HAJI
KAHERAH: Kerajaan Arab Saudi menerima kira-kira 558,000 permohonan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Proses permohonan itu dibuka 10 hari lalu dan ditutup malam semalam.
Gulf News melaporkan, awal bulan ini, pemerintah Arab Saudi menetapkan hanya 60,000 jemaah dibenarkan menunaikan haji terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang menetap di negara itu.
Penetapan itu dibuat ekoran situasi semasa penularan Covid-19 dunia yang masih belum reda, lapor AFP
Jemaah yang dipilih telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, tidak menghidap penyakit kronik dan berusia antara 18 hingga 65 tahun.