POLIS SIASAT PENGUAT KUASA PBT INGKAR SOP SEMASA KOMPAUN PENJAJA
POLIS SIASAT PENGUAT KUASA PBT INGKAR SOP SEMASA KOMPAUN PENJAJA
KELANTAN – Polis memulakan siasatan ke atas seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki melanggar prosedur operasi standard ketika bertugas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Nasaruddin M Nasir, berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu selepas ada gambar tular di media sosial.
Melalui gambar itu katanya penguat kuasa terbabit kelihatan tidak memakai pelitup muka semasa mengeluarkan kompaun di tempat awam.
“Berdasarkan kepada gambar tersebut timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat setempat apabila mereka mendapati pegawai terbabit tidak memakai penutup mulut dan hidung semasa menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Semalam seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Muhammad Firdaus memuat naik gambar penguat kuasa terbabit dengan menyatakan dia dikompaun kerana tidak mempunyai lesen penjaja.
Namun katanya, penguat kuasa tersebut didapati melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka ketika sedang menjalankan tugas tersebut, lapor KOSMO online
Kata Nasaruddin suspek merupakan pegawai Majlis Daerah Pasir Mas dan ketika kejadian dia menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas peniaga gerai tepi jalan yang menjalankan perniagaan di kawasan yang tidak dibenarkan berhampiran Masjid Beijing, Rantau Panjang.
Katanya berdasarkan penelitian awal suspek melanggar Peraturan 17 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
“Polis sedang mengesan dan akan membuat tangkapan ke atas suspek dengan kadar segera untuk siasatan lanjut,” katanya