PEGAWAI POLIS TIDAK HIRAU TINDAKAN LELAKI CUBA LAKUKAN PROVOKASI SAMBIL RAKAM VIDEO
PEGAWAI POLIS TIDAK HIRAU TINDAKAN LELAKI CUBA LAKUKAN PROVOKASI SAMBIL RAKAM VIDEO
SUNGAI SIPUT Seorang Pegawai polis tidak hirau tindakan lelaki cuba lakukan provokasi sambil rakam video
Lelaki dikompaun RM1,500 kerana tidak mencatatkan rekod butiran diri ketika ke sebuah premis selain tidak memakai pelitup muka ketika membeli minuman keras di sebuah pasar mini di Kampung Muhibbah di sini, petang kelmarin.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu juga cuba memprovokasi pegawai polis berpangkat inspektor yang mengeluarkan kompaun terhadapnya sambil merakam video.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kompaun RM1,500 turut dikenakan kepada pemilik premis itu kerana gagal memastikan lelaki terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.
Menurutnya, provokasi terhadap pegawai polis hanya dilakukan oleh pelanggan premis itu namun pemilik kedai akur dengan tindakan kompaun yang turut dikenakan ke atasnya.
“Lelaki berkenaan didapati memasuki pasar mini terbabit untuk membeli minuman keras tanpa mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat butiran diri selain tidak memakai pelitup muka menyebabkan dia ditegur oleh pegawai polis yang sedang melakukan rondaan pemantauan,lapor Astro Awani.
“Dia kemudiannya memberi pelbagai alasan kepada inspektor berkenaan sambil merakam reaksi atau tindakan pegawai polis itu.