LALUAN LRT KLCC-KG BHARU BERLANGGAR, PENUMPANG CEDERA
LALUAN LRT KLCC-KG BHARU BERLANGGAR, PENUMPANG CEDERA
KUALA LUMPUR: Koc Tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kampung Bharu yang dipandu secara automatik dengan Koc dari Stesen Kampung Bharu menghala ke Stesen KLCC dipandu secara manual dipercayai berlaku perlanggaran pada jam 8.45 malam, hari ini.
Maklumat awal kejadian dipercayai pemandu koc daripada stesen KLCC tidak dapat mengesan atau “detect” koc dari Kampung Bharu kerana berlaku “miscommunication” daripada pusat kawalan.
Kejadian itu berlaku di laluan Kelana Jaya tren nombor 40 dan 81 di Stesen KLCC-KJ 10, Jalan Ampang mengakibatkan kecederaan penumpang yang berada di dalam tren tersebut.
Pihak Rapid KL melalui laman Facebook memohon orang ramai bertenang, pihaknya sedang menggerakkan pasukan penyelamat untuk membantu dengan segera ke tempat kejadian.
Pihaknya memohon maaf dengan kejadian tersebut yang berlaku di Stesen KLCC- Kampung Bharu yang menyebabkan kerisauan dan kegelisahan orang ramai dengan memberi bantuan secepat mungkin dan membetulkan keadaan.
Beberapa penumpang turut memuatnaik hantaran masing-masing melalui laman yang sama menyatakan kegelisahan.
Menurut Jeniffer Fan, tidak pernah berlaku kejadian kemalangan LRT seperti ini yang melibatkan tren kedua-dua arah… ada sesuatu yang tidak kena dan pasti ada yang bertanggung jawab dengan kejadian kecuaian ini.
Seorang lagi warga net dalam hantarannya, Amar Kaur Horty berkata, ini kali pertama saya mendengar kejadian seperti ini. Diharapkan semua penumpang selamat.
Warga net, Bahar Aziz turut memuatnaik hantaran memohon semua berdoa agar penumpang selamat dan bantuan kecemasan wajar diberi segera kepada penumpang yang cedera dan dihantar ke hospital atau klinik berdekatan.
Nur Nabila Husna berkata, dia tengok video ramai yang cedera, ada yang dah terbaring dalam train.. semoga mereka cepat keluar daripada train tu, risau ada yg lemas dalam tu…bawah tanah tak silap saya, dah mcm dalam lift terkurungnya
Setakat ini jumlah mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan kerana kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan oleh Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, BOMBA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta dibantu bersama kakitangan Rapid KL.-SAHIH.
Foto – media sosial