PADAH SAMBUT HARI JADI, 14 DIKOMPAUN RM70,000
PADAH SAMBUT HARI JADI, 14 DIKOMPAUN RM70,000
KLUANG – Keseronokan 14 individu di Taman Suria di sini mengadakan majlis hari lahir bertukar detik hitam apabila mereka dikenakan kompaun RM70,000, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, dalam kejadian pukul 11 malam itu seramai 14 penghuni termasuk tuan rumah berumur 17 hingga 38 tahun sedang berkumpul di hadapan rumah.
“Hasil siasatan yang mendapati 13 orang telah hadir ke rumah salah seorang penghuni di situ bertujuan meraikan hari lahir dan mereka telah melakukan kesalahan di bawah Per. 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan ) 2021.
“Semua mereka telah dibawa ke IPD Kluang dan sebanyak 14 kompuan telah dikeluarkan masing-masing setiap seorang berjumlah RM 5000.00,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau menafikan penularan pesanan suara mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang akan dilaksanakan di Taman Sri Lambak yang tersebar luas di daerah Kluang.
Katanya, sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih yang boleh mendatangkan kegusaran dan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat.
“Tindakan tegas boleh diambil di bawah peruntukkan undang-undang Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1988,”katanya, lapor KOSMO online.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 077784222, Hotline 07-7766822, talian terus 077784256 atau tablet 0143656822.