ORANG AWAM KENA SEDIA ANDAI TOTAL LOCK DOWN BERLAKU
ORANG AWAM KENA SEDIA ANDAI TOTAL LOCK DOWN BERLAKU
TEMERLOH: Seandai berlalu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau total lock down dilaksanakan akan menjejaskan banyak pihak dan pelbagai sektor akan ditutup dan menjadikan situasi tidak tenteram di kalangan rakyat.
Pengerusi KOME CAKNA, Jamil Yaakub berkata, keadaan pengangguran akan meningkat, tahap kemiskinan akan bertambah, banyak perniagaan akan ditutup dan orang ramai akan dihidup dalam keadaan tekanan.
“Ini bukan pilihan tetapi satu keputusan yang berat dan sukar untuk dilakukan tetapi terpaksa dilakukan oleh kerajaan, Covid-19 itu benar, pandemik itu benar, sakit itu benar dan mati kerana Covid itu juga benar.
Pengerusi KOME CAKNA, Jamil Yaakub
“Diharap 10 malam terakhir ini, kita ambil peluang memohon dengan Allah dengan hati yang ikhlas agar kita semua selamat dari bahana ini, hentikan percakapan, penulisan yang sia-sia di laman sosial, hentikan perbalahan politik, tumpu melawan pandemik kerana kita masih belum menang.
Katanya, semua rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan kepada semua, vaksin paling mujarab setakat ini ialah, pakai pelitup muka, jaga jarak fizikal dan elak keluar rumah tanpa sebab dan tujuan yang tidak sepatutnya.
“Dilihat daripada graf kes baharu pada ketika ini, amat menggerunkan, melebihi 3,000 kes baharu sehari, janganlah kita tidak ambil endah, diharap semua waspada,”katanya.- SAHIH