KGMMB SETUJU PT3, UPSR MANSUH
KGMMB SETUJU PT3, UPSR MANSUH
KUALA LUMPUR: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) bersetuju dengan langkah Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun ini dibatalkan sepenuhnya bermula tahun 2021.
Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, pemansuhan kedua-dua ujian penilaian tersebut memberi lebih kuasa autonomi ujian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih berkesan.
Pengumuman itu telah dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin, selaras pemansuhan UPSR dan pembatalkan PT3, untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk mengukur pencapaian murid terlibat.
Jasni berkata, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan digunakan untuk pengambilan murid yang terlibat untuk kemasukkan ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan satu dan empat.
“Murid sekolah rendah, menggunakan kaedah pentaksiran PBD bermula tahun ini, oleh itu pentaksiran peringkat sekolah diadakan dapat diperkasakan dan tiada subjek yang tercicir kerana sebelum ini subjek yang tiada dalam UPSR sering dianaktirikan.
“Untuk makluman semua pemansuhan telah dibuat setelah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan murid. Malah turut melibatkan kesatuan guru, Majlis Guru Besar dan Majlis Pengetua Kebangsaan,” katanya.
Katanya, pemansuhan boleh memberi ruang kepada warga guru untuk menilaian secara holisitik dan sekali gus dapat meningkatkan pembentukan karakter pelajar dan tidak berasaskan peperiksaan (exam orientated).
“Diambil kira semasa penularan wabak Covid-19, kelas bersemuka sering terganggu, maka pentaksiran PBD dapat dijalan dengan lebih baik tanpa melibatkan pihak pusat KPM, pihak sekolah dan guru boleh menjalankan pentaksiran lebih adil dan telus kepada murid.
“Selain itu, tidak berlaku pengasingan murid kepada kelas terbaik hingga kelas yang dianggap terlemah,”katanya.
Bagi PT3 pula, antara asas dipertimbangkan adalah mengambil kira masa murid untuk buat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik belum dapat ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa.