PEMILIK AKAUN TWITTER HINA AGONG DAN PM PERLU DITAHAN
PEMILIK AKAUN TWITTER HINA AGONG DAN PM PERLU DITAHAN
BENTONG: Satu hantaran menghina Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan juga Perdana Menteri Malaysia dengan kata lucah dan tulisan biadap menerusi laman media sosial Twitter perlu dicari dan ditahan.
Ekoran daripada hantaran yang menjatuhkan maruah dan kedaulatan Seri Paduka Baginda dan perdana menteri (PM) , seorang penerbit video rancangan, Mohammad Shah Rizal Sulaiman, membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Bentong pada 18 April 2021, jam 12.00 tengah hari.
Katanya, hantaran itu diterima ketika dia berada di rumahnya di FELDA Mempaga daripada rakannya satu tangkap layar (snap shot) berkaitan penghinaan terhadap Agong dan perdana menteri yang pada 17 April, kira-kira jam 9.00 malam.
“Saya sangat sedih dan perbuatan ini sangat jelas menyinggung perasaan sebagai rakyat Malaysia di bawah kerajaan Raja berpelembagaan kerana laman media sosial Twitter kebanyakannya digunakan oleh golongan muda yang secara sembrono menghina tanpa rasa segan, malu dan takut.
“Akaun twitter kepunyaan Shaemmm@HKMLQMN18 itu telah menghina Agong dan PM dengan kata lucah dipercayai kerana menggantung parlimen daripada bersidang dan mewujudkan darurat,” katanya.
Katanya, dia percayai kumpulan itu mempunyai kumpulan atau grup Twitter dan WhatsApp yang mempunyai ahli yang ramai.
“Kumpulan ini mungkin buta berkaitan sistem raja berpelembagaan dan peranan majlis raja-raja, mereka tidak tahu negara ini sebuah kerajaan beraja yang tunggal di dunia menggunakan sistem penggiliran raja atau agong yang memerintah.
“Saya pasti apabila ditahan, mereka akan memohon maaf kerana tidak sengaja atau tidak sedar, dengan alasan seperti ini sepatutnya tidak boleh terima lagi kerana banyak sangat isu menghina Agong kerap berlaku,” katanya.
Dia berharap banyak lagi laporan polis berkaitan dengan isu penghinaan Agong ini dilakukan di balai polis berdekatan di tempat masing-masing.-SAHIH