PEMANDU LORI TUNDA MAUT
PEMANDU LORI TUNDA MAUT
GERIK: Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dinaikinya terbabas di bahu jalan lalu terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter , di Jalan Gerik-Lenggong dekat Kampung Kuala Kenering, pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.58 pagi.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an, yang memandu lori tunda lima tan.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong menerima panggilan daripada pemanggil yang merupakan penduduk Kampung Kuala Kenering pada jam 7.58 pagi.
“Jentera Lenggong bantuan BBP Gerik digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan anggota seramai lapan orang.
“Manakala jentera BBP Gerik serta EMRS juga diaturgerakkan ke lokasi kejadian dengan jarak lokasi kira-kira 21 kilometer dari BBP Lenggong,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, anggota yang bertugas diarah melakukan tugas-tugas menyelamat dengan menggunakan peralatan khas iaitu telescopic ram dan hydraulic spreader.
GAMBAR IHSAN JBPM
Ia bagi membantu kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu lori tersebut, lapor KOSMO! Online.
“Mangsa disahkan maut oleh pihak kesihatan di lokasi kejadian kira-kira empat jam sebelum ketibaan pasukan menyelamat,” katanya.
Operasi tamat pada jam 10.35 pagi.
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.