ZUL ARIFFIN PUNCA INTAN NAJUWA PUTUS TUNANG
ZUL ARIFFIN PUNCA INTAN NAJUWA PUTUS TUNANG
KUALA LUMPUR : Intan Najuwa kembali menjadi perhatian apabila mengakui ikatan pertunangannya dengan Razrul Anwar Rusli sudah berakhir.
Bagaimanapun tiada angin, tiada ribut, nama aktor Zul Ariffin dikaitkan sebagai punca Intan, 24, dan Razrul putus tunang buat kali kedua.
Nyata kelihatan terkejut dengan spekulasi liar netizen, Zul berkata, dia tidak ada kena mengena dengan isu tersebut.
“Saya tak pernah pula dengar cerita begini (Najuwa putus tunang) dalam media sosial.
“Saya selalu sangat dikaitkan dengan macam-macam gosip tetapi untuk kali ini saya tak tahu dan tiada kena mengena.
GAMBAR HIASAN
“Saya ada banyak benda nak buat dan macam taka da kerja lain pula hendak jadi punca.
“Ini bukan kali pertama orang bercakap tentang saya berkaitan isu seperti ini. Sebelum ini, spekulasi tersebut muncul mungkin disebabkan pernah digandingkan bersama dalam drama,” jelasnya ketika ditemui pada majlis tayangan Penunggang Agama di MMCineplex ECurve, Mutiara Damansara pada petang Isnin.
Zul dan Intan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa ketika kedua-duanya bergandingan dalam drama Setelah Ku Dimiliki pada 2019.
Terdahulu berita perpisahan Intan Najuwa dan kekasih Kembali menjadi bualan warganet apabila Intan menjawab soalan peminat di Instagram storynya menerusi ask me question, hari ini tentang mengapa tunangnya sudah tidak kelihatan di media sosial, lapor Sinar Harian.
“Alamak ada lagi soalan ini. Kami sudah lama buat hal masing-masing. Dia dah happy dengan life dia. Saya pun dah happy dengan life saya. Harap selepas ini tiada soalan ini lagi,” tulisnya.
GAMBAR HIASAN
Sementara itu, Intan menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan dia dan bekas tunangnya sudah lama berpisah.
“Saya dan bekas tunang saya sudah lama putus. Dan sebab kami putus tidak ada kena mengena dengan orang ketiga atau apa sahaja,” ujarnya.
Intan dan Razrul pernah bertunang pada 18 Ogos 2018 dan mereka memaklumkan pertunangan tersebut sudah terputus pada Februari tahun lalu.