KKMM LANCAR KENDERAAN KHAS
KKMM LANCAR KENDERAAN KHAS
JERANTUT : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melancarkan tiga kenderaan iM@JaPen yang bernilai RM1.2 juta yang berfungsi sebagai pusat penyiaran bergerak One Stop Centre bagi Jabatan Penerangan Malaysia.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tiga unit kenderaan yang berharga RM400,000 setiap satu berperanan sebagai medium pengurusan dan perhubungan media sekali gus memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan sahih.
“Kenderaan khas ini meliputi kemudahan ruang kerja petugas, akses internet, alat siaraya dan skrin TV serta sokongan alatan informasi untuk kemudahan petugas JaPen dan media bagi pengoperasian.
‘Ini secara langsung sebagai Pusat Media Bergerak yang meliputi Pusat Media Bencana, Pusat Media semasa Pelihan raya Kecil atau umum, Pusat Media Acara Rasmi Kerajaan, Pusat Media Latih Amal dan sebagainya, ‘ katanya kepada media selepas Program Malaysia Prihatin di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut, hari ini.
.www.sahih.com.my
lagi berita menarik
Katanya, selain itu kenderaan iM@JaPen berperanan sebagai tempat pameran dan edaran penerbitan bahan bercetak di lapangan secara terus kepada rakyat dan sebagai pusat akses internet khusus kepada pengamal media yang bertugas.
Turut hadir di program tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Jabatan Penerangan, Zainuddin Ismail, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris, ADUN Damak, Zuridan Mohd Daud dan ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin.
Perkembangan berkaitan, beliau memohon bantuan di kalangan pemimpin masyarakat tempatan, pemimpin akar umbi, supaya turut membantu menyebar luaskan lagi maklumat serta mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau mendaftar di pusat kesihatan daerah dan sebagainya.
“Diharapkan agar program imunisasi dapat berjalan lancar dan setiap individu terutama golongan berisiko tinggi menjadi penerima suntikan vaksin dan orang ramai tiada yang tercicir dalam menerima suntikan vaksin, ” katanya.