MAYAT DALAM LONGKANG
MAYAT DALAM LONGKANG
TELUK INTAN: Mayat seorang lelaki dengan bahagian kepala sudah reput, ditemui dalam longkang di hadapan sebuah sekolah di Jalan Padang Tembak, di sini, semalam.
Mayat mangsa dijumpai orang awam sebelum menghubungi polis kira-kira jam 5.50 petang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh, berkata mangsa adalah lelaki dewasa tetapi identiti belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui padanya.
“Mayat dijumpai dalam keadaan terlentang dengan memakai dua lapis baju.
“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini, lapor BH Online.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Teluk Intan.
Katanya, bedah siasat akan dilakukan selepas laporan ujian saringan COVID-19 diperoleh.
Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.