HARGAI ISTERI YANG TIDAK BEKERJA
HARGAI ISTERI YANG TIDAK BEKERJA
INDIA : Ajunath Sindhu Vinayala seorang murid dalam kelas Gred 9 dari Trissur, Kerala telah melukis sebuah lukisan yang memaparkan rutin harian seorang suri rumahtangga, ibu atau wanita yang dianggap tidak bekerja.
Anak itu menghasilkan lukisan (lukisan di atas) itu setelah bapanya memperkenalkan ibunya kepada rakannya menyatakan ibunya seorang isteri di rumah dan tidak bekerja.
Kenyataan yang keluar daripada mulut bapanya membuatkan dia terkejut dan sedih seolah-olah ibunya tidak melakukan sebarang kerja di rumah.
Ajunath menghasilkan lukisan yang memaparkan rutin seorang wanita yang sentiasa melakukan kerja di rumah tanpa henti.
Dia menunjukkan lukisan itu kepada gurunya, kemudian pihak sekolah menghantar hasil seni itu kepada pejabat kerajaan negeri.
Lukisan itu terpilih untuk menjadi muka hadapan sebuah dokumen kerajaan 2020-2021.