PASAR MALAM DIBENARKAN BEROPERASI
PASAR MALAM DIBENARKAN BEROPERASI
KUALA LUMPUR: Pasar malam kini dibenarkan beroperasi di bawah prosedur operasi standard yang dikemas kini bagi perintah kawalan pergerakan kedua (PKP 2.0).
Kemas kini bertarikh 27 Januari itu menyatakan bahawa pasar malam dibenarkan beroperasi dari jam 4 petang hingga 10 malam.
Ini bagi membolehkan semua perniagaan beroperasi sehingga jam 10 malam berbanding 8 malam sebelum ini, lapor Malaysiakini.
Sebelum ini pasar malam tidak dibenarkan beroperasi di bawah peraturan PKP, namun pasar biasa dibenarkan menjalankan perniagaan pada sebelah siang.
PKP 2.0 dikuatkuasakan pada 13 Januari dan akan berakhir pada 4 Februari depan.
Bagaimanapun kerajaan memaklumkan PKP tidak akan dilanjutkan, sebaliknya diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atas alasan ekonomi.
PKP 2.0 dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang telah melebihi empat angka sejak 10 Disember lalu.