KEMAS KINI LPT 1- ANIH BERHAD
KENYATAAN 7 JANUARI 2021, JAM 6.00 PETANG
TEMERLOH: Laluan antara Chenor ke Temerloh di KM 126.3 ke arah Kuala Lumpur sebelum persimpangan Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), lorong kecemasan telah mula dinaiki air, namun laluan masih boleh dilalui kenderaan ketika ini.
Manakala, laluan antara Temerloh ke Lanchang, KM 113 dan KM 115, antara persimpangan Temerloh ke persimpangan Lanchang, masih ditutup untuk kedua-dua hala kepada semua kenderaan.
Antara persimpangan Lanchang ke persimpangan Karak di KM 84.6 hingga KM 84.1 menghala ke Kuantan masih ditutup untuk semua kenderaan, walau bagaimana, laluan antara ke Kuala Lumpur telah dibuka pada jam 9 pagi pada 5 Januari 2021.
Pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan dan mendapat nasihat dan mematuhi arahan petugas di lokasi.
Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Talian Bilik Gerakan Bencana JKR di talian 03-26107727 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my.
Pengguna boleh ikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-