MANGSA BANJIR PAHANG LEPASI ANGKA 26,000
MANGSA BANJIR PAHANG LEPASI ANGKA 26,000: 278 PPS BEROPERASI
KUANTAN: Dilaporkan seramai 26,142 mangsa daripada 6,619 keluarga di 278 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir serta melibatkan 4 kematian.
Daerah Temerloh terdapat 6,159 mangsa di 54 PPS , Lipis 44 PPS dan melibatkan 2915 mangsa serta daerah Maran 40 PPS dengan 5507orang mangsa.
Manakala Kuantan sebanyak 34 PPS dibuka dengan 4234 orang mangsa, Jerantut 34 PPS , 2346 mangsa, Raub 29 PPS , 2425 mangsa dan Pekan 25 PPS dibuka dengan 803 orang mangsa.
Daerah Bera 11 PPS dibuka dengan 769 orang mangsa dan daerah Rompin dengan 7 PPS serta 984 orang mangsa.
Orang ramai khusus yang berdekatan kawasan rendah sentiasa siap siaga dan peka dengan amaran banjir serta segera berpindah apabila mendapat arahan daripada pihak terbabit.
Maklumat terkini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang setakat 8.00 pagi, hari ini.