BAYI PEREMPUAN DITEMUI DALAM KOTAK
BAYI PEREMPUAN DITEMUI DALAM KOTAK
BERA: Seorang bayi perempuan berumur satu hari ditemui dalam ladang kelapa sawit yang dinaiki air kerana banjir dipercayai ditinggalkan di Ladang Jeng Huat, Kemayan, pada pukul 1.45 petang hari ini.
Bayi yang diletakkan dalam kotak di jumpai di tepi jalan di dalam ladang kelapa sawit ketika seorang penduduk bersama kawannya sedang meletakkan motorsikal di tempat kejadian untuk memasang jaring ikan dan terjumpa kotak yang mengandungi bayi itu.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin, berkata seorang penduduk Khairulanuar Mohammad Azali, 45 telah menjumpai seorang bayi di ladang sawit, Ladang Jeng Huat, Kemayan, Bera.
GAMBAR IHSAN PDRM
Katanya, tempat bayi itu dijumpai merupakan sebuah ladang kelapa sawit dimana kawasan ladang itu di naiki air akibat banjir.
Beliau berkata, Khairulanuar bersama kawannya telah pergi ke ladang tersebut untuk memasang jaring ikan dan terjumpa sebuah kotak berwarna coklat.
Beliau berkata, apabila melihat dari dekat mereka rasa terkejut kerana kotak tersebut mengandungi seorang bayi yg dibaluti dengan kain batik berwarna hitam
Katanya, pegawai perubatan dari klinik Kesihatan Kemayan Dr.See Wuan Win telah membuat pemeriksaan awal dan mengesahkan bayi berkenaan dipercayai telah dilahirkan hari ini diantara jam 5.00 – 7.00 pagi.
“Bayi perempuan seberat 2.12 kilogram itu berada dalam keadaan bertali pusat. dan tiada sebarang kesan kecederaan di badan bayi kecuali gigitan semut.
“Badan bayi dipercayai telah dicuci dengan air yang kotor dan bayi itu cukup sifat (36 minggu) dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati bayi berkemungkinan mempunyai masalah Down Syndrome,” katanya.
Mansor berkata bayi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan pakar kanak-kanak dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bera telah dimaklum mengenai kejadian itu.