SRIKANDI BERSATU TURUN PADANG
SRIKANDI BERSATU TURUN PADANG
TEMERLOH: Bagi meringankan beban mangsa banjir di sekitar daerah ini, pasukan sukarelawan dari Srikandi BERSATU Bahagian Temerloh dan Penggerak Komuniti Negara Cawangan Temerloh bersama turun padang hari ini.
Mereka mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Belengu, Kampung Paya Ara, Kampung Teluk Ira, Paya Kechik dan Kampung Bukit Tingkat.
GAMBAR IHSAN SRIKANDI BERSATU TEMERLOH
Kunjungan itu diketuai Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Temerloh, Siti Aisyah Ismail dan Ketua Penggerak Komuniti Negara Bahagian Temerloh, Jamil Yaakub.
Siti Aisyah berkata, program turun padang ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan mengunjungi PPS yang dikenal pasti memerlukan bantuan segera daripada pihaknya.
KETUA SRIKANDI BERSATU TEMERLOH, SITI AISYAH ISMAIL MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR/GAMBAR IHSAN SRIKANDI BERSATU TEMERLOH
Siti Aisyah berkata, setakat ini pihaknya bersama Penggerak Komuniti Negara sudah mengagihkan bantuan dianggarkan bernilai RM8,000 untuk program turun padang sejak tiga hari lalu.