COVID-19 TERUS CATAT JANGKITAN TINGGI
COVID-19 TERUS CATAT JANGKITAN
Kuala Lumpur: Enam hari memasuki tahun 2021, kes jangkitan baharu Covid-19 merekodkan tertinggi setakat ini dengan 2,593 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya empat kes import manakala selebihnya 2,598 kes adalah penularan tempatan.
Menurutnya, empat kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 513 kes.
“Seramai 141 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 67 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19, di Putrajaya, hari ini.
Dalam perkembangan sama katanya, 1,129 pesakit Covid-19 sudah sembuh sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 100,578.
Harian Metro melaporkan, kes tertinggi direkodkan KKM adalah pada 31 Disember lalu dengan 2,525 kes jangkitan baharu dan lapan kematian.