LEBUH RAYA LANCHANG KE TEMERLOH DITUTUP
LEBUH RAYA LANCHANG KE TEMERLOH DITUTUP
TEMERLOH: Pengendali Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad menyatakan laluan antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Temerloh di Kilometer 113 dan KM 115 ditutup untuk kedua-dua arah kepada semua kenderaan kerana air masih membanjiri laluan tersebut.
Manakala laluan antara persimpangan Lanchang ke persimpangan Karak di KM 84.6 hingga KM84.7 masih ditutup kepada lalu lintan, tetapi laluan Lanchang menghala ke Kuala Lumpur sudah dibuka pada jam 9.00 pagi, 5 Januari.
Kenyataan media ANIH Berhad, pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan dan dinasihati mematuhi arahan petugas di lokasi
Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-5717157 atau muat turun aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Selain itu pengguna boleh melayari laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.