HUJAN LEBAT BERTERUSAN DI JERANTUT
HUJAN LEBAT BERTERUSAN DI JERANTUT
JERANTUT: Hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan berlaku limpahan air ke atas jalan raya serta kawasan rendah di daerah ini, hari ini
Lima belas Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di daerah ini dibuka bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.35 petang melibatkan 125 keluarga dan seramai 579 orang mangsa.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut yang dikeluarkan pada jam 6.00 petang, hari ini, sebanyak 15 PPS dibuka, Sekolah Kebangsaan Tekam Utara menempatkan 34 orang mangsa , SK Gelanggi 1 (117 orang), SK Batu Balai (33 orang), SK Kg Bharu (34 orang) dan Dewan Jengka 24 (4 orang).
Manakala, PPS di SK Pedah turut menempatkan 57 orang mangsa dan SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (61 orang), SK Felda Sungai Retang turut 72 orang mangsa, SK Temin (32 orang), Sk Durian Hijau (38 orang), SMKA TAHAP (4 orang), SK Chebong (6 orang), Sk Gelanggi 3 (38 orang), SMK Damak ( 24 orang) dan Balai Raya Kg Lata Kasah seramai 34 orang mangsa.
Seorang penduduk Taman Ria, Aminrudin Abu Bakar (64), berkata, jalan masuk utama ke tamannya ditenggelami air sedalam kira-kira 50 sentimeter yang mula dinaiki air menjelang subuh dengan berbunyinya siren amaran Jabatan Parit Saliran (JPS) , pagi ini.
“Jalan masuk itu menjadi jalan keluar masuk bagi penduduk kira-kira 120 rumah, ini adalah kali kedua berlaku selepas banjir 2014, manakala rumah yang terletak di Lorong 1, 2 dan 3 turut di masuki air dan terpaksa berpindah ke rumah saudara mara dan PPS.
“Malah, penduduk lain yang tidak terjejas mengeluarkan kenderaan masing-masing dan meletakkan di tempat selamat di tepi jalan untuk urusan keluar masuk membeli bekalan makanan,”katanya.