JALAN LAMA BENTONG-RAUB RUNTUH
JALAN LAMA BENTONG-RAUB RUNTUH: SEMUA PENGGUNA PERLU GUNA JALAN ALTERNATIF
BENTONG: Kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Persekutuan (lama) Bentong-Raub ditutup kepada semua kenderaan pada jam 11.50 pagi, hari ini.
Punca berlaku kejadian tanah runtuh sepanjang kira-kira 50 meter kerana hujan lebat berlaku sejak petang semalam.
Pengguna jalan tersebut dikehendaki menggunakan jalan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.
Pemasangan papan tanda amaran dan makluman tanah runtuh telah diletakkan oleh pihak Roadcare (M) Sdn Bhd.
Sumber: JKR Daerah Bentong dan Roadcare (M) Sdn Bhd