LPT DIGENANGI AIR 2 METER
LPT DIGENANGI AIR 2 METER
KUANTAN: Hujan lebat sejak Khamis menyaksikan laluan di Lebuh raya Pantai Timur 1, dekat hentian Sri Jaya dinaiki air kira-kira 2 meter, pagi tadi.
Berdasarkan maklumat syarikat konsesi LPT1, ANIH Berhad, kejadian itu dilaporkan di Kilometer 198.8 arah Timur dan Barat, dan ditutup untuk semua kenderaan.
Terdahulu, video dirakamkan pengguna LPT1 tersebar di media sosial kira-kira jam 9 pagi tadi dan mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.
ANIH Berhad turut menasihatkan pengguna LPT1 menangguhkan perjalanan mereka bagi mengelak insiden tidak diingini.