NYARIS MAUT KERETA DIHEMPAP DUA POKOK
NYARIS MAUT KERETA DIHEMPAP DUA POKOK
KEMAMAN : Berpantang maut sebelum ajal.
Seorang pemuda terselamat biarpun kereta Proton Saga yang dinaikinya dihempap dua batang pokok di Geliga di sini semalam.
Kereta dipandu Muhammad Hazli Harun, 27, dihempap dalam kejadian angin kencang itu di hadapan sebuah hotel pada pukul 9.30 malam.
Bahagian bumbung kereta kemek akibat dihempap pokok
Muhammad Hazli berkata, sewaktu kejadian, dia sedang meletakkan kereta dipandunya di tempat letak kereta hotel berkenaan.
“Saya baru pulang daripada makan malam di sebuah restoran di Chukai di sini. Sebaik keluar dari kereta, tiba-tiba terdengar dentuman kuat dari bahagian bumbung kereta.
“Saya mendapati bahagian bumbung kemek teruk akibat dihempap pokok berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Kejadian pokok tumbang berkenaan turut menjejaskan sebuah kereta Honda Accord yang diletakkan di sebuah kereta Proton Saga milik Muhammad Hazli.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, seramai 11 anggota bomba mengambil masa lebih sejam untuk melakukan operasi memindahkan dua batang pokok berkenaan.