DUA BERANAK DIKHUATIRI LEMAS
DUA BERANAK DIKHUATIRI LEMAS: KELUAR MEMANCING DAN TIDAK PULANG
PETALING JAYA: Seorang lelaki dan anaknya berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas keluar memancing di Sungai Penchala, di sini, Isnin lalu.
Kehilangan kedua-dua mangsa dilaporkan teman wanita lelaki terbabit selepas menyedari dua beranak itu tidak pulang selepas keluar memancing di sungai berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima maklumat daripada polis pada jam 7.11 pagi tadi selepas wanita itu membuat laporan kehilangan mangsa.
“Ketika menjalankan pencarian sejak pagi tadi, kami menemui peralatan memancing namun kelibat kedua-dua mangsa tidak kelihatan.
“Pada masa ini operasi pencarian mangsa berusia 37 tahun dan anak lelakinya giat dilakukan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilaporkan BH ONLINE.
Beliau berkata, seramai dua pegawai dan empat anggota Balai Bomba Petaling Jaya, terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat di sungai Seksyen 51A, Jalan 233, Jalan Naga-Naga ini.
https://sahih.com.my/dua-beranak-dikhuatiri-lemas/