UMNO TAK DAPAT HALANG WAKIL RAKYATNYA SOKONG ANWAR
Berita Politik
UMNO TAK DAPAT HALANG WAKIL RAKYATNYA SOKONG ANWAR
KUALA LUMPUR: UMNO dan BN tidak dapat menghalang mana-mana ahli Parlimennya yang mengambil keputusan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru.
“Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN)… sokongan kepada (kerajaan) PN adalah sokongan daripada ahli parlimen sahaja.
“UMNO dan BN tidak dapat menghalang ahli Parlimen yang mengambil keputusan menyokong YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat menghadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi.
“Saya dimaklumkan ramai ahli Parlimen UMNO dan BN yang menyatakan sokongan… saya hormati pendirian ahli parlimen berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pegawai Ahmad Zahid mengesahkan keaslian kenyataan media itu kepada Malaysiakini.
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Anwar mengumumkan memiliki majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru.
Presiden PKR itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sokongan ahli Parlimen diperolehnya sementara menunggu nama itu dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
Sementara itu, kenyataan Ahmad Zahid itu dilihat tidak selari dengan penegasan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa UMNO masih lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).