DAPATKAN RAMBUT YANG SIHAT
Dapatkan Rambut Yang Sihat Dengan Menggunakan 5 Bahan Semula Jadi
Mudah sahaja menjaga rambut. Bagi wanita, rambut adalah segalanya. Tidak kira yang bertudung atau tidak. Rambut tetap menjadi mahkota seorang wanita. Semua wanita mengimpikan rambut yang sihat, berkilat, tidak mudah putus dan tebal.
Rutin menjaga rambut adalah penting. Begitu juga dengan cara penjagaan rambut. Bukan hanya syampu sahaja, anda boleh lakukan dengan cara tradisional. Kos yang rendah dan hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!
Minyak Zaitun
Sapukan minyak zaitun ke seluruh kepala anda. Biarkan selama 30 minit hingga sejam. Urut lembut kulit kepala untuk melancarkan peredaran darah. Selepas itu, bilas seperti biasa. Anda akan lihat hasilnya, rambut lebih lembut, kuat, sihat dan berkilat.
Minyak Kelapa
Seperti ramai yang tahu, minyak kelapa mampu membuatkan rambut lebih lebat, lembut dan berkilat. Ratakan minyak kelapa pada akar rambut dan setiap helaian rambut. Biarkan selama 30 minit hingga satu jam. Bilas dengan syampu. Cara ini lebih berkesan jika anda lakukan seminggu tiga kali.
Air kelapa Muda
Untuk pengetahuan anda, air kelapa muda boleh menguatkan akar rambut dan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut. Air kepala muda mempunyai protein yang tinggi, kalium dan zat besi untuk merawat rambut rosak. Selain daripada minum air kelapa, anda juga boleh membilas rambut menggunakan air kelapa. Ratakan air kelapa ke seluruh kepala, bungkus rambut dan biarkan semalaman. Esoknya, cuci rambut menggunakan syampu seperti biasa.
Santan
Lumurkan kulit kepala anda dengan santan. Gunakan santan 300 hingga 500 ml pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan bilas rambut anda. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
Air Masak
Semua orang tahu minum air masak memberi manfaat kepada sistem badan. Begitu juga dengan kesihatan rambut. Minum air masak dengan cukup boleh mengelakkan daripada badan terhidrasi. Jika air cukup untuk badan, bermakna badan sihat. Ia juga menyumbang kepada sel rambut supaya lebih cepat tumbuh dan tidak mudah putus.