BILIK GERAKAN BANJIR DIAKTIFKAN
BILIK GERAKAN BANJIR DIAKTIFKAN
JERANTUT: Sebagai persiapan menghadapi ancaman banjir, Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR) FELDA Wilayah Jengka mengaktifkan bilik gerakan banjir di FELDA Jengka 24, malam ini.
Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, keputusan itu dibuat sejajar dengan hasil mesyuarat JKKR baru-baru ini.
“Keputusan untuk membuka bilik gerakan banjir adalah berdasarkan situasi semasa berikutan cuaca hujan lebat sejak Rabu lalu.
“Bagi tugasan pemantauan dan pengurusan di bilik gerakan ini, kita serahkan kepada petugas dari Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Wilayah Jengka.. mereka akan menyelaras semua tugasan dan penyaluran bantuan jika berlaku banjir,” katanya.
Beliau berkata, tugasan pengendalian bilik gerakan banjir itu akan dilakukan secara giliran dan selepas MBFM Wilayah Jengka, urusan pengoperasian akan diambil alih oleh pihak dilantik pengurusan FELDA.
Selain itu, pihaknya juga sudah meminta kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah bagi memastikan kelancaran operasi bilik gerakan banjir berkenaan.