REAL LEBUR REKOD ATLETICO
REAL LEBUR REKOD TANPA KALAH ATLETICO
MADRID: Real Madrid menghidupkan kembali usaha mengejar gelaran La Liga apabila menewaskan pendahulu, Atletico 2-0 ketika tetangga mereka itu mengalami kekalahan pertama dalam liga musim ini.
Real, yang berjaya menyelamatkan diri dalam Liga Juara-Juara dengan mara ke kelompok 16 terakhir, kini berkedudukan ketiga liga, tiga mata di belakang Atletico.
Ia malam yang mengecewakan buat skuad kendalian Diego Simeone yang melalui 26 perlawanan tanpa kalah dalam liga semenjak Februari.
Ia membabitkan 17 kemenangan dan sembilan seri. Real juga menjadi pasukan terakhir menewaskan Atletico dalam liga.
“Kami mengesahkan peningkatan yang kami tunjukkan dalam banyak bahagian berdepan Sevilla dan Borussia, dan sekali lagi memberikan persembahan baik,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane, merujuk kepada kemenangan pasukannya sejak beberapa minggu lalu yang berjaya menukar keadaan.
PENGENDALI REAL MADRID, ZINADINE ZIDANE
“Ada kritikan yang membuatkan kami kecewa, tapi ada juga yang membuatkan kami menjadi lebih kuat.
“Kami bersaing dengan sangat bagus sejak minit pertama hingga penamat, kami mesti berpuas hati semuanya berjaya diselesaikan.”
Real berada di depan selepas 15 minit menerusi tandukan Casemiro sebelum jaringan sendiri Jan Oblak.