ROTI GARDENIA NAIK HARGA ESOK
KENAIKAN HARGA PRODUK TERPILIH
PETALING JAYA: Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. (GBKL) menaikkan harga beberapa produk terpilih bermula esok.
Memetik laporan KOSMO! Online, GBKL berkata, produk Gardenia Squiggles, Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll, Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans naik lima sen dari RM1.05 ke RM1.10.
GAMBAR HIASAN/FACEBOOK
Manakala produk The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin, and Raspberry Milk & Cranberries bread, naik 20 sen kepada RM4.70.
“Harga untuk produk lain tidak berubah memandangkan GBKL terus menyerap kos yang meningkat.
“Kenaikan ini dibuat akibat kenaikan harga bahan-bahan seperti lemak sayur, serbuk koko, susu dan bungkusan dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, syarikat tersebut memaklumkan sudah mengalami kenaikan kos bahan dan penghasilan yang melangkaui kawalan sehingga menyebabkan syarikat tiada pilihan kecuali menaikkan harga.
“Fokus kami ialah untuk mengoptimumkan produktiviti dan keberkesanan bakeri kami. Bagi Gardenia, kenaikan harga produk ialah pilihan terakhir setelah semua usaha memaksimumkan keberkesanan operasi sudah diambil,” katanya.