UTAMAKAN NYAWA ANAK-ANAK
Tolong Gunakan Kerusi Keselamatan Dalam Kereta
Kerusi keselamatan bayi atau car seat sangat penting, namun masih ramai memandang perkara itu sambil lewa. Banyak kemalangan berlaku dan ada yg mengakibatkan nyawa anak yang tidak bersalah terkorban kerana kecuaian ibu bapa atau penjaga.
Tidak perlu membeli kerusi keselamatan yang terlalu mahal, cukup sekadar dapat melindungi anak anda sahaja.
Rutin
Adalah menjadi perkara biasa jika anak menangis sebaik diletakkan dalam kerusi keselamatan. Biarkan anak-anak anda menyesuaikan diri dengan selesa ketika dalam kerusi keselamatan. Untuk memudahkan anak anda selesa dengan kerusi keselamatan, pastikan setiap kali menaiki kereta anda letakkan mereka dalam kerusi tersebut. Tidak kira perjalanan jauh atau dekat. Lama-kelamaan anak anda sudah biasa dengan rutin tersebut dan lebih selesa apabila duduk dalam kerusi keselamatan.
Memandu Seorang
Apabila anak anda sudah terbiasa dengan rutin duduk di kerusi keselamatan, anda juga mudah untuk memandu. Tiada masalah juga kepada mereka yang sering memandu seorang diri bersama anak. Pasti anak anda selamat dan tenang berada dalam kerusi keselamatan.
Selamat
Jika anda tidak meletakkan anak di dalam kerusi keselamatan, mereka akan bermain dan keselamatan tidak terjamin jika berlaku sebarang kecemasan. Anda juga perlu memantau setiap pergerakan anak-anak semasa dalam kereta. Jadi, untuk mengurangkan risiko, kerusi keselamatan sangat penting semasa berada dalam kereta.
Berdikari
Secara tidak langsung anak-anak anda belajar untuk berdikari. Bermain sendiri dan mudah untuk tidur. Pergerakan dan gegaran kereta lebih memudahkan anak-anak tidur. Untuk perjalanan jarak jauh, selesakan anak terlebih dahulu. Salin lampin yang bersih, bagi makan sehingga kenyang dan sediakan susu. Dengan sendirinya mereka akan tidur lena dan selesa.