4 TIPS PUJUK TEMAN RAPAT
Jangan Biarkan Teman Rapat Merajuk Terlalu Lama.
Semua orang mempunyai sekurang-kurangnya seorang teman yang paling rapat. Susah senang bersama, melakukan aktiviti bersama, berkongsi hobi dan cerita. Dalam hubungan sahabat juga akan mengalami masalah seperti salah faham, merajuk atau marah kepada perkara yang remeh.
Lumrah teman rapat adalah tidak boleh berjauhan atau tidak boleh berenggang terlalu lama. Lama-kelamaan perasaan rindu dan bosan akan melanda. Jadi, gunakan tips cara memujuk teman rapat ini.
Bertolak Ansur
Berikan masa untuk berfikir dan redakan perasaan marah. Jangan bertindak drastik, mungkin akan membuatkan keadaan lebih teruk. Jadi, berikan masa dan ruang untuk bertenang dan kurangkan kemarahan.
Minta Maaf
Setiap hubungan perlu rendahkan perasaan ego dengan meminta maaf. Elakkan perasaan marah berlarutan sehingga menjejaskan hubungan persahabatan. Segera selesaikan masalah dan baiki kesilapan masing-masing. Berbincang dengan teman anda, cuba selesaikan sebaik mungkin. Jangan ada yang memendam rasa, pastikan semua masalah selesai dan lakukan aktivit bersama seperti biasa.
Berbual
Cari topik yang sesuai untuk memulakan perbualan. Untuk mengurangkan rasa janggal, anda boleh telefon atau meninggalkan pesanan ringkas. Jangan lupa selitkan gurauan untuk lebih measra.
Makan Bersama
Cuba ajak rakan anda keluar makan atau minta dia temankan anda pergi makan dan belanja tanda maaf. Jika dia menolak, anda boleh ke rumahnya membawa makanan dan makan bersama.