CHINA BUKA PINTU EKONOMI
DASAR DITERUSKAN DEMI KITARAN EKONOMI
KUALA LUMPUR: China akan terus membuka pintu bagi membolehkan kitaran ekonomi dan perdagangan domestik serta antarabangsa kekal beroperasi.
Presidennya, Xi Jinping, berkata pembukaan ekonomi China untuk dagangan dua hala antara lain membuka runag kepada syarikat luar mengembangkan pasaran di China.
Menurut laporan BH Online, beliau berkata, syarikat asing boleh meneroka pasaran China yang menawarkan akses populasi yang luas iaitu sekitar 400 juta penduduk.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada pembukaan Dialog CEO APEC 2020 secara maya di sini, hari ini.