30,000 biji telur dijual dalam tempoh tiga jam di PTK Jengka
Foto atas : MARAN : Lebih 30,000 biji telur ayam dijual dalam masa 3 jam di Pasar Tani Kekal (PTK) Jengka oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), semalam.
30,000 biji telur dijual dalam tempoh tiga jam di PTK Jengka
MARAN : Lebih 30,000 biji telur ayam dijual dalam masa 3 jam di Pasar Tani Kekal (PTK) Jengka oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), semalam..
Timbalan Pengarah FAMA Pahang (Operasi), Shabuddin Mohd Nor berkata, pada hari ini sebanyak 3,000 papan (90,000 biji) telur dijual di PTK Jengka yang menyasarkan permintaan dari Jerantut, Temerloh dan Jengka.
“Agak mengejutkan telur ayam di sini (PTK Jengka) telah terjual 1,000 papan telur ayam dalam tempoh tiga jam.
“Diharap penduduk di kawasan Jengka, Jerantut dan Temerloh tidak perlu risau dengan situasi tidak cukup bekalan telur,” katanya di Pasar tani kekal Jengka, hari ini.
Katanya, FAMA berterima kasih kepada orang ramai, pengusaha dan pemborong yang menyokong program Intervensi FAMA ini yang menjualan telur di sini.
“FAMA akan membekalkan sebanyak 5,000 papan atau 150,000 biji telur ke seluruh negeri Pahang setiap minggu sejak bermula bulan Ramadan dan menjelang sambutan bulan Syawal nanti.
“Langkah yang FAMA laksanakan ini dapat menampung bekalan telur kepada pengguna dan dapat mengimbangi bekalan dan harga telur di negeri ini,” katanya.
Katanya sebanyak 150,000 biji telur itu adalah untuk gred A berharga RM13.50; gred B, RM12.90; dan gred C, RM12.30 sepapan.
FAMA mendapat bekalan telur daripada pembekal di Air Keruh, Melaka dan diagihkan kepada dua pusat operasi FAMA di Kuantan dan Jerantut.-SAHIH.