WANITA UMNO PAHANG AGIH 1,400 KAMPIT BERAS
WANITA UMNO PAHANG AGIH 1,400 KAMPIT BERAS
JERANTUT: Hasrat Keluarga Malaysia yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Wanita UMNO Pahang telah menyumbang sebanyak 1,400 kampit beras kepada setiap wakil Wanita Bahagian negeri ini sempena Program Salam Sayang Wanita UMNO di Jerantut baru-baru ini.
Penyampaian bantuan beras berkenaan disampaikan kepada seramai 14 orang Ketua Wanita UMNO bahagian atau wakilnya disempurnakan oleh Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Siti Hajar Mubin di sini.
Siti Hajar yang juga Ketua Wanita UMNO Jerantut memberitahu setiap wanita bahagian akan menerima 100 kampit beras yang merupakan sumbangan daripada beberapa buah syarikat korporat akan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan menerusi program ziarah ke setiap cawangan atau kampung.
“Hasrat Wanita UMNO menerusi program ziarah serta menyampaikan bantuan beras ini dapat membugarkan hubungan ukhuwah dengan penduduk berkenaan dan juga ahli peringkat cawangan.
“Program bantuan bermula bulan ini hingga Disember tahun ini semata-mata untuk membantu keluarga yang memerlukan lebih lagi masih dalam tekanan pandemik Covid-19 di samping persediaan berdepan musim tengkujuh mulai bulan November ini,” katanya.-SAHIH.