WANITA MAUT RUMAH TERBAKAR
WANITA MAUT RUMAH TERBAKAR
ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 50 tahun maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bohor, Jalan Hutan Kampung di sini pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.32 pagi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan sebuah rumah setingkat melibatkan seorang mangsa.
“Mangsa merupakan seorang wanita yang ditemui dalam keadaan rentung separuh badan di dalam bilik air,” katanya di sini hari ini, lapor KOSMO online.
Katanya, penilaian awal kemusnahan rumah akibat kebakaran adalah 80 peratus yang turut melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan dua motosikal.