WANITA 90 TAHUN MASIH KUAT DAN BERGETAH
WANITA 90 TAHUN MASIH KUAT DAN BERGETAH
TOKYO: Siapa sangka seorang wanita berusia 90 tahun masih bertenaga menjadi jurulatih kesihatan di gimnasium.
Bagi kebanyakan orang, umur hanyalah angka tetapi Takishima Mika berjaya membuktikan dirinya masih ‘bergetah’ dan lebih cergas daripada kebanyakan orang berusia dalam lingkungan 20an.
Dia yang mencecah usia itu pada 15 Januari lalu, merupakan jurulatih kesihatan paling tua serta berjaya mengekalkan bentuk badan yang baik, berfikiran positif dan sentiasa tersenyum.
Suri rumah sepenuh masa ini bukanlah mengamalkan gaya hidup sihat sejak zaman muda, namun, ketika menjengah usia 65 tahun barulah perubahan itu berlaku terhadap dirinya.
Selepas suaminya menegur mengenai berat badannya, ketika itu titik perubahan bermula dalam diari hidupnya.
“Sebelum ini saya memang mempunyai berat badan berlebihan. Namun, suatu hari apabila suami saya menegur tentang berat badan, sejak itu saya mula pergi gimnasium.
“Saya mahu turunkan berat badan dan apabila sasaran itu berjaya dicapai, saya mahu mengajar kelas aerobik. Malah, saya tidak pernah terfikir akan berlaku seperti ini,” katanya kepada Nippon Magazine.
Takimika menjadi jurulatih kesihatan semasa mencecah usia 87 tahun selepas dipaksa oleh jurulatih nya, lapor Agensi.
Dia kini turut mempunyai gimnasium sendiri iaitu Power Aging.